Program Penambahan calon guru Cemerlang

Program Penambahan Calon Guru Cemerlang
2007-05-21

Ditulis Oleh pkpsm    Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing. Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan
Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah.

Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”. Read the rest of this entry »

This site is protected by Comment SPAM Wiper.